Maaf ku Pinta  

Posted by Tuan Punya Blog in , ,

Assalamualaikum w.b.t..

Pertama sekali, saya sebagai admin blog ni ingin memohon maaf kerana telah lama tak update blog ni. Sememangnya ramai yang bertanya kepada saya kenapa blog PISMP C4 tak update. Dah malas nak update ke? dah takde info yang boleh dikongsikan lagi ke? takde internet ke? dan bermacam ragam lagi soalan yang saya terima. Maka hari ni saya akan jelaskan mengapa dah lama saya tak update blog PISMP Cohort 4 tercinta nih..

Sebab yang pertama ialah akhir2 ni saya busy dengan blog baru untuk team futsal saya. Saya ditugaskan (sebenarnya atas kerelaan sendiri) untuk membina blog rasmi bagi team futsal saya yang diberi nama BUKAN TEAM BIASA FC. Alhamdulillah blog tersebut telah pun siap dan boleh di lawati di http://bukanteambiasafc.blogspot.com.

Sebab yang kedua pula line internet menjadi penghalang. Tak dinafikan memang kat sini boleh dapat line internet percuma seperti D-Link, ZenhWifi dan lain2 lagi malah roommate saya sendiri pon ade broadband, tetapi line internet ni sume tak konsisten. Kejap ade kejap tak. Macam biskut je. Dah tu slow macam siput. Insya Allah bila ada nye wimax kembali blog ni saya akan update sekerap yang boleh.

Rasanye 2 sebab tu dah cukup kan nak menjelaskan segalanya??hehehe...Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 yang banyak memberi sokongan dan keprihatinan terhadap blog ni. Insya Allah dari semasa ke semasa saya akan memperbaiki mutu dan kualiti blog ni. Saya harap rakan2 boleh la memberi pandangan dan nasihat untuk merealisasikannya.

Sekian..

This entry was posted on Sunday, January 24, 2010 at 1:19 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Borak - Borak






Bookmark and Share